IKLAN

Pengasas Butik Bellaammara Berkongsi Rahsia Jana Pendapatan Dengan Modal RM50

Pengasas Butik Bellaammara Berkongsi Rahsia Jana Pendapatan Dengan Modal RM50
Dalam tangan anda ada RM60 sekarang? Cuba satu option yang saya bagi ini.
Financial plan - option
1. Buat satu bussiness kecil-kecilan, bussiness sara diri. Banyak perniagaan boleh dimulakan dengan hanya bermodalkan RM50 terutamanya perniagaan makanan.
A. Nasi Lemak 
B. Kerepek
C. Kuih Muih
D. Kek
E. Biskut dan bermacam lagi.

Malahan perniagaan yang tiada modal pun banyak. Terutamanya servis atau produk digital sepeti menjual ‘e-book'. Kadang-kadang kita terlalu takut bermula dan terlalu memikirkan risiko dan result. Sedangkan perkara yang sepatutnya dibuat adalah mulakan langkah pertama. Richard Branson pernah berkata kepada belia yang bertanyakan pendapat beliau. Jawapan Richard Branson sangat mudah, “Just do it.” Tetapi berapa ramai antara kita yang berani dan telah bermula?
Berbalik kepada contoh perniagaan makanan tadi,saya ambil contoh kita jual kerepek. Modal hanya RM50 (kerepek beli kilo, di kawasan Johor banyak jual kerepek kilo) + RM10 (plastic packaging). Bungkus kecil-kecil dan jual. Katakan lah kerepek bernilai RM50 tadi anda mampu “repack” sehingga 20 plastik.
Tetapkan harga jualan. Di sini selalu ramai yang silap. Penetapan harga jualan selalunya hanya dikira kos modal bahan, tidak dikira kos usaha, kos distribution dan lain lain kos.
Contoh, andai diletak harga RM5 x 20 pack = RM100. Tetapi bila kerepek habis dijual terasa tiada untung. Kerana semasa hendak menjual anda telah keluarkan bermacam kos dalam tidak sedar. 
Sekiranya saya, kerepek tersebut akan di jual minima RM7.
Kemudian, fikirkan channel jualan anda. Tidak perlu terus menjual kepada orang awam, jualkan kepada saudara mara, sahabat handai dahulu. Jangan malu untuk mencari rezeki yang halal. 20 pack insyaAllah sekejap sahaja kawan-kawan anda akan borong habis.
InsyaAllah dengan usaha yang betul boleh dapat RM140. Then you 'reinvest your profit' dengan RM140 tu ulang sekali lagi boleh dapat RM280. Tetapi ketika ini, channel jualan pun jangan lah target saudara mara kawan kawan dah.
Fikirkan alternative channel jualan lain, tinggal kan di kedai runcit, sekolah, universiti, pejabat, perpustakaan awam dan bermacam tempat lagi. 
Ketika ini, dengan usaha yang betul anda sudah boleh jana sehingga RM5,000. Nampak macam tidak munasabah bukan? Saya mempunyai seorang kawan yang perniagaan nya hanya menjual air mineral di masjid. Bermula dengan hanya sekotak air mineral. Kos bawah RM50, 24 botol air ditinggal kan bersama tabung di 2 buah masjid. Selang 2 hari datang restock. Dan beliau tinggalkan lagi di beberapa buah masjid tambahan.
Sambung dan teruskan business kerepek anda, jangan behenti. Dari RM5,000 asingkan RM1,000 (ambil risiko) untuk buat business ke-2.
2. RM1,000 dari business kerepek kita buat business yang pesat sekarang contoh busana muslimah atau kosmetik (kesihatan & kecantikan). Kalau kita buat jubah, contoh 1 jubah cost RM100 (kain + jahit + packaging + marketing) dan kita jual RM200. So dalam RM1,000 kita boleh buat 10 jubah and dapat jualan RM2,000. By 'reinvest your profit', ulang-ulang lagi boleh dapat RM100,000 macam tu. Ini yang sebenarnya saya lakukan semasa tahun 2012 untuk telekung bermula dengan 9 pasang.
Ataupun, anda juga boleh kembangkan perniagaan kerepek anda. Sebelum ini ambil kerepek dengan pembekal, dan sekarang anda boleh buat kerepek sendiri. Buat kerepek sendiri di rumah. RM1,000 tersebut digunakan untuk membeli peralatan dan bahan mentah untuk membuat kerepek. Jika dahulu anda mungkin menjual kerepek, bila anda sudah membuat nya sendiri, anda boleh jualkan kepada si penjual kerepek berskala kecil dan inovasikan kerepek anda mengikut kreativiti anda.
Sentiasa reinvest profit anda. Jangan tergopoh untuk bersuka ria apabila untung.
3. Investment. Duit lebihan business 1 + business 2 kita invest ke peniaga yang tiada duit nak buat business. Paling best invest pada perniaga baru yang berpotensi sebab perniaga baru akan lebih memerlukan investor dan bersemangat. Investment ni you just labur duit and monitor je. Hujung bulan/tahun dapat duit.
4. Duit dari business investment tu buat business komodoti yang bertahan lama. Macam makanan, ternakan atau minyak. Business macam ni kekal lama sebab orang akan gunakan komoditi ni sampai bila-bila.
5. Dari sini baru mulakan simpanan. Anda jangan risau buat simpanan agak lambat sebab anda takda loan, so anda takda hutang. Tambahan perniagaan ini adalah perniagaan yang anda start dari modal serendah RM60 sahaja. So, jangan risau. The best simpanan is emas dan perak. Jangan sesekali simpanan dengan wang ringgit sebab wang ringgit jatuh nilai minit demi minit sebab our bank print money every minit. Dont simpan duit. Simpanlah emas and perak.
6. Finally barulah you reward yourself dengan beli rumah cash. Adakah mustahil? Ianya mustahil kepada orang yang banyak memberi alasan dan tidak pernah bermula.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment