IKLAN

Masih ramai tak faham maksud Emoji dan menyalahgunakannya



EMOJI berasal dari Jepun. Perkataan emoji bermaksud 'huruf bergambar' dalam bahasa Jepun. Setiap karakter emoji yang diwujudkan mempunyai nama rasmi yang menakrifkan setiap maksud.

Mungkin sebelum ini, ada di antara kita yang menyalah tafsir maksud emoji yang kebiasaannya kita gunakan dalam mesej di  beberapa aplikasi seperti WhatApps, Facebook dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa maksud sebenar di sebalik emoji-emoji yang mungkin disalah erti maksud sebenarnya sebelum ini.

Antaranya ialah emoji yang kelihatan seperti seseorang sedang menangis tetapi maksud sebenarnya ialah perasaan lega selepas melalui sesuatu yang mengecewakan.

Emoji mempunyai pangkah di mata, sebenarnya membawa maksud terkejut manakala yang menunjukkan emoji senyum sehingga menampakkan gigi melambangkan seseorang itu sangat gembira dan bukannya marah.

Emoji yang sedang bersiul sebenarnya membawa maksud ciuman kepada seseorang manakala emoji yang menunjukkan kucing terkejut itu sebenarnya melambangkan seseorang itu berada dalam keletihan.

Jika anda berada dalam keadaan bersemangat, emoji yang digunakan ialah emoji yang menunjukkan hidung berasap manakala jika anda tidak setuju mengenai sesuatu gunalah emoji yang berwarna merah yang kebiasaanya kita gunakan untuk menggambarkan kemarahan.

Terdapat banyak lagi emoji yang dihasilkan dan setiap maksud di sebalik emoji ini boleh dirujuk melalui laman web emojipedia.org.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment