IKLAN

Mana satu betul? Menteri sumber manusia nafi bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh

MANA SATU BETUL? MENTERI SUMBER MANUSIA NAFI BAWA MASUK 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH

Kerajaan nafi bawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh
Kerajaan nafi bawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh
Dakwaan yang mengatakan bahawa kerajaan akan membawa masuk seramai 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini untuk ditempatkan di beberapa sektor swasta adalah tidak benar.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem menjelaskan, angka tersebut sebenarnya adalah jumlah pekerja Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Seberang Laut negara itu untuk mendapatkan pekerjaan di 139 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.
“Sebarang pengambilan pekerja Bangladesh haruslah mematuhi dengan polisi negara, yang mana ia berasaskan kepada permintaan majikan dalam pelbagai sektor,” katanya pada sidang media, di sini hari ini..
Beliau turut mendedahkan bahawa kemasukan pekerja asing ke Malaysia adalah berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-11 yang hanya memperuntukkan sebanyak 15 peratus dari jumlah tenaga kerja tempatan.
Jelasnya lagi, di luar negara jumlah tenaga kerja adalah sebanyak 15.3 juta dan hanya 2.3 juta sahaja yang menempatkan warga asing.
Ketika menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan kemungkinan monopoli pengambilan pekerja itu, Riot memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan suatu MoU telah ditandatangani.
“Ia (MoU) menetapkan bahawa kerajaan Malaysia harus memastikan ketelusan dan keadilan sistem dalam talian ini bagi membuat pemilihan warga Bangladesh dan pengagihannya mengikut kuota,” ujarnya.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment