IKLAN

ISTERI AHMAD BASHAH SEDIH, TAHAP PENDIDIKAN SUAMI DIHINA

Alor Setar – Walaupun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak berpendidikan tinggi, beliau tidak pernah mengabaikan pendidikan anaknya kata isteri beliau, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Hizam, 56 menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang memperlekehkan tahap pendidikan suaminya itu sebagai asam garam politik selepas suaminya dipilih menjadi Menteri Besar Kedah yang baharu.

“Walaupun isu pendidikan MB tahap itu dimainkan, tetapi Alhamdulillah, anak-anak (kami) semua berjaya.

“Macam biasalah dalam politk memang macam itu, harapan saya Allah Taala balikkan hati musuh-musuh dia (Ahmad Bashah) untuk kembali bersatu dengan Umno,” katanya kepada SuaraTV.

Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru apabila penyandang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah.

Tahap pendidikan Ahmad Bashah yang hanya mempunyai kelulusan SPM ditimbulkan selepas nama beliau disebut-sebut menggantikan Mukhriz ketika krisis kepimpinan politik Kedah ketika itu.

“Pada beliau sebagai orang politik isu tersebut tidak ada masalah tetapi bagi saya sebagai seorang isteri, anak-anak pun cakap biarlah apa orang hendak cakap kita tetap bersyukur
“Hukum mengata itu pahala bagi kami, walaupun mereka caci maki hamun namun kami tetap syukur,” katanya lagi.

Malah kata Hizam, suaminya juga meminta supaya anak-anaknya tidak memberi respon kepada kritikkan-kritikkan tersebut.

“Dia cakap dengan anak-anak jangan jawab, malah saya pun tidak tahu bila anak saya tulis kat Facebook macam itu.

“Pagi tadi (Khamis) cikgu kepada anak saya beritahu dia terkedu baca apa yang anak saya cakap. Saya sibuk, petang baru sempat tengok, memang sedih sangat,” ujarnya.

Anak bongsu Ahmad Bashah, Azira Hafiza dalam status di Facebooknya menjelaskan ayahnya tidak berpendidikan tinggi disebabkan membantu keluarga selepas datuknya meninggal dunia.

“Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda master, takda phd, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal.

“Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it. Tapi kalau tgk adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam riak),” kata Azira. – SuaraTV.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment