IKLAN

Fesyen Rambut Lelaki Terkini Style Undercut dan Pompadour. Buat Lelaki Nampak Lebih Smart dan Macho!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kalau perempuan sibuk dengan fesyen tudung, lelaki pulak tak ketinggalan dengan fesyen rambut mereka. Antara fesyen rambut terkini adalah potongan rambut undercut dan pompadour untuk jenis rambut lelaki yang tebal atau panjang di bahagian atas. Selain kedua fesyen tersebut ada lagi fesyen potongan rambut yang lain seperti man bun, top knot, fade, side part dan short back and sides.
Undercut : Potongan pendek bahagian tepi dan panjang di bahagian atas tak kisah samaada rambut jenis lurus ataupun kerinting.
Pompadour : Pompadour dan Undercut agak kurang lebih sama cuma beza nya adalah potongan rambut dibahagian tepi (undercut haircut lebih pendek hampir ke kulit kepala tapi bahagian tepi Pompadour dipotong pendek tidak sependek undercut). Rambut dibahagian hadapan dibiarkan panjang untuk membentuk ilusi ketebalan rambut.
Pada Fiza, gaya undercut dan pompadour menampakkan lelaki lebih smart dan macho. Lebih maskulin kalau ada simpan janggut dan jambang. Tambah lagi macho!  Tapi gaya rambut macam ni tak sesuai untuk adik adik yang sedang bersekolah ye. Tak pasal pasal masa spotcheck nanti kena gunting rambut macam kena gigit tikus. Lansung jadi buruk. Potong je gaya macam budak sekolah sudah. 

Okay abang abang sekalian, silalah cuba gaya potongan undercut dan pompadour untuk nampak lebih macho. Kenalah dengan gaya hipster sekarang yang tengah trending kan. Lelaki yang menggayakan jenis rambut macam ni mesti banyak menghabiskan duit untuk stok pomade dan semestinya sangat cerewet dalam soal penampilan supaya nampak sentiasa kemas macam wak doyok. Nak bersiap mesti mengambil masa yang lama. Kan?











Sumber dari carian google

Psttt..Jangan pandang lama lama nanti cair :p
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment