IKLAN

Demi Kasih Sayang, Remaja 13 Tahun Berkorban Tidak Bersekolah Uruskan Ibu Sakit

Demi Kasih Sayang, Remaja 13 Tahun Berkorban Tidak Bersekolah Uruskan Ibu Sakit

Demi Kasih Sayang, Remaja 13 Tahun Berkorban Tidak Bersekolah Uruskan Ibu Sakit

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun sanggup mengorbankan pendidikannya untuk menjaga ibunya yang sedang sakit.

Remaja tersebut yang hanya dikenali sebagai Aswad dipercayai sudah tidak menghadiri sesi persekolahan selama dua bulan kerana menjaga ibunya yang sakit di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Lawatan aktivis Parti Sosialis Malaysia Kelantan dan NGO Royalti mendapati ibu angkatnya yang berusia 48 tahun itu uzur akibat kencing manis.

Remaja lelaki yang merupakan pelajar Sekolah Tahfiz Serendah, Pasir Mas, Kelantan dipercayai seorang yatim piatu dan dibela sendiri oleh wanita tersebut selepas suaminya meninggal dunia.

Remaja lelaki itu dilaporkan sudah menghafal lima juzuk Al-Quran, namun hasratnya untuk menyambung persekolahnnya terbantut demi kasih terhadap wanita yang menjaganya.

Tidak pernah lelah menemani ibu angkatnya di hospital, Aswad bertanggungjawab dengan rutin harian termasuk membawa wanita itu ke tandas setiap hari dengan bantuan kakitangan hospital.

Dua bulan berada dalam situasi begini, menyebabkan beberapa subjek pelajarannya tergendala.

Parti Sosialis Malaysia turut merayu pihak yang berkemampuan untuk membantu keluarga ini dengan menghulurkan derma kepada: 03054020349067 Bank Islam Puan Rohani Binti Mahmood.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment