Aziz M Osman dedah boleh buat filem ‘Nik Aziz’ tetapi… - maitengoklah!

IKLAN

Aziz M Osman dedah boleh buat filem ‘Nik Aziz’ tetapi…


Pengarah terkenal tanah air, Aziz M Osman yakin mampu hasilkan filem yang mengisahkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu hari nanti.
Bagaimanapun impian tersebut dapat direalisasikan sekiranya masyarakat negara ini bersatu dari segi hati dan pemikiran.
“Kenapa tidak (saya buat filem tentang Allahyarham)? Ia tidak mustahil dapat dilakukan. Dan kalau saya mahu buat filem tentang Allahyarham, saya mahu ceritakan bagaimana Allahyarham mendidik kita semua dalam soal hudud.
“Meskipun negara kita tidak mengamalkan hudud, tetapi Allahyarham sudahpun mengamalkan hudud secara psikologi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Mengenang Murobbi Ummah, di Myharakah Bazaar, di sini, hari ini.
Ditanya mengenai siapa yang akan didekati untuk menghuraikan perwatakan Allahyarham dalam filem itu, Aziz berkata, dia mungkin akan melihat dari sudut pandangannya sendiri memandangnya raut wajah Allahyarham seiras dengan bapanya.
“Itu saya tidak tahu lagi. Mungkin saya akan melihatnya dari sudut peribadi sendiri atau mungkin tidak. Kalau ada rezeki suatu hari nanti, InsyaALLAH saya akan buat filem Allahyarham,” jelasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment