IKLAN

Anwar Ibrahim bimbang Tun Mahathir disiasat polis

Anwar pertahan tindakan Tun Mahathir
Dalam satu perutusan melalui peguamnya pada Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyuarakan kebimbangannya selepas mendapat tahu Tun Dr Mahathir (gambar) telah disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis pada Jumaat. – Gambar fail
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu membelenggu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu perutusan melalui peguamnya pada Jumaat, Anwar menyuarakan kebimbangannya selepas mendapat tahu Dr Mahathir telah disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis semalam.
“Saya sangat bimbang apabila mendapat tahu Dr Mahathir telah disiasat polis pada 6 November. Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikannya terhadap Najib mengenai krisis 1MDB.
“Jika beginilah caranya layanan terhadap Dr Mahathir, hak demokrasi rakyat Malaysia dalam mempersoal dan mengkritik kerajaan berada di tahap yang sangat terancam,” tambah Anwar dalam kenyataan yang sama.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment