Aku Kutip Sampah,Orang Pandang Hina - maitengoklah!

IKLAN

Aku Kutip Sampah,Orang Pandang Hina


Kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi sesetengah orang menjalani kehidupan seharian pasti akan diakhiri dengan rasa gembira dan ada juga yang terpaksa mengharungi hari-hari yang penuh dengan kedukaan.
Namun, di akhirnya nanti pasti korang akan rasakan kegembiraan di sebalik kedukaan. Begitu juga kita doakan buat saudara kita Razli yang ada kisahnya yang tersendiri dalam mengharungi kehidupannya sekeluarga dalam membesarkan enam anaknya.

Aku Si Pengutip Barangan Kitar Semula

Admin akui bukan senang untuk berada di kawasan pelupusan sampah untuk satu jangka masa yang lama. Lagi-lagi bila dalam kepala ni dah teringat dengan sisa-sisa buangan yang kita hasilkan tak kiralah daripada sisa pepejal sampai la sisa makanan.
Sedih bila letakkan diri sebagai anak bila dapat tahu Ayah dan Ibu kita terpaksa mengharungi longgokkan sampah setiap hari untuk mencari sesuap nasi.
“Memang orang pandang hina, pandang rendah pada kami. Malah, hidup kami tidak ubah macam pelarian di negara sendiri,” demikian cerita seorang pengutip barang kitar semula di tapak pelupusan sampah Gong Tepah, Razli Abdullah, 53.
Kerja-kerja memunggut barangan kitar semula dimulakan sejak awal pagi lagi tatkala insan lain sedang lena dibuai mimpi.
Dengan harga 20 sen hingga 30 sen sekilogram Razli dan isteri hanya mampu bertahan hidup dengan keadaan seperti itu dan rutin mereka telah berlaku selama 12 tahun. Rumah sewa mereka yang terletak di Bukit Perpat, Wakaf Tapai perlu dibayar sebanyak RM 200 sebulan.

Sudah lali dengan bau busuk sampah sarap mereka tetap bertahan.

Bau busuk dan kotor, Razli dan isteri sebenarnya terdedah dengan penyakit.

Korang pernah tak lalu bersebelahan dengan lori pemunggut sampah? mesti pernah kan. Tapi sebenarnya tanpa mereka kita tak kan dapat tengok kawasan yang bersih dan cantik tau.
“Lokasi tapak pelupusan sampah di Gong Tepah ini, kotor dan berbau busuk sudah pastinya  mampu menyebabkan kami berdua jatuh sakit kerana di sini adalah tempat pembuangan segala sampah termasuk sisa buangan manusia.
“Namun, sedar atau tidak, tempat busuk inilah menjadi lubuk rezeki kepada kami. Malah, hasil pendapatan itu kami gunakan untuk menghantar dua anak ke sekolah, seorang sedang belajar di tingkatan lima dan seorang lagi di tahun enam,” katanya.
Demi keluarga Norizan membantu suaminya melakukan kerja mengutip barang-barang kitar semula dia mengakui tidak tahan dengan bau busuk
“Saya juga tak kisah apa orang nak kata, asal rezeki  ini halal dan cukup buat saya sara keluarga di rumah termasuk anak bongsu berusia dua tahun,” katanya.

Pendapatan tak tetap macam mana nak tanggung keluarga?

Screen Shot 2016-02-11 at 12.50.47 PM
(Sekadar gambar hiasan)
Duit sekarang satu keperluan yang perlu ada untuk kelangsungan hidup, lagi-lagi yang bekeluarga mesti nak pakai banyak duit kan. Tapi kalau tak cukup macam mana? #duakerja
Razli mengakui pendapatannya yang tidak menentu kerana hanya bergantung sepenuhnya kepada hasil pungutan barang kitar semula ini menyukarkan dia untuk menyara keluarga.
Bagi kelangsungan hidup Razli dan isteri tetap gagah menggalas guni besar di belakang badan manakala guni kecil di bahagian pinggang sambil terbongkok-bonhkok mengutip botol-botol dan barangan plastik di pusat pelupusan sampah
“Kami baru berpindah ke Bukit Perpat (di Wakaf Tapai) sejak empat tahun lalu dan sejak itu kami mencari rezeki di tapak pelupusan sampah di Gong Tepah, Marang. Pendapatan kami (berdua) pula tidak menentu, biasanya tidak sampai RM1000 sebulan.
“Kadangkala kami tidak dapat menyediakan belanja anak sekolah dan sering juga menghadapi masalah membayar sewa rumah kerana wang hanya cukup makan,” katanya ketika ditemui di tapak pelupusan sampah Gong Tepah, di sini, semalam.
Dalam kita meneliti kisah Razli ni, kita seharusnya bersyukur dengan semua yang sudah kita perolehi. Semoga akan ada sinar menanti kehidupan Razli sekeluarga.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment