AKIM BERI PENJELASAN TENTANG KEHAMILAN STACY - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Wednesday, February 24, 2016

AKIM BERI PENJELASAN TENTANG KEHAMILAN STACY



MELALUI sebuah rancangan realiti televisyen,penyanyi Akim Ahmad telah mengeluarkan kata-kata seperti memberitahu bahawa berita mengenai kehamilan isterinya, Stacy adalah benar.

Bagaimanapun, melalui sebuah portal hiburan tempatan, Akim menjelaskan bahawa sebenarnya Stacy masih belum hamil, dan mereka sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.



Pasangan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Akim dan Ummu Syaikhah Stacy selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

“Jujur, Stacy masih belum hamil dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Jika ada berita gembira, saya akan kongsikan sendiri dengan semua terutamanya peminat kami.”

Akim juga memberitahu, jika diberikan rezeki, dia mahukan anak lelaki dan jika mendapat anak kembar, ia adalah satu bonus kepada dia dan Stacy. – SUMBER

No comments:

Post a Comment