AHLI GUSTI NYARIS ‘MAUT’ DIPUKUL RANI KULUP - maitengoklah!

IKLAN

AHLI GUSTI NYARIS ‘MAUT’ DIPUKUL RANI KULUP



KUALA LUMPUR: Seorang ahli gusti yang baru sahaja menang perlawanan gusti telah dipukul oleh Rani kulup sejurus selepas beliau turun dari gelanggang.

Kejadian berlaku ketika beliau menyaksikan satu perlawanan gusti di Taman Tun petang tadi.

Insiden bermula apabila beliau menasihati ahli gusti tersebut sejurus selepas tamat perlawanan kerana ahli gusti tersebut telah memukul pihak lawannnya walaupun sudah kecundang.

“Sejurus selepas tamat perlawanan tersebut dibatalkan saya berjumpa dengan budak tersebut untuk menasihatinya.

“Budak tu kan dah kalah, apa yang kau pergi pukul dia lagi” katanya ketika dihubungi pihak SuaraTV.

Gara-gara tidak berpuas hati, ahli gusti terbabit telah mengugut beliau untuk tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis sebelum menolak beliau sehingga terduduk.

Kemudian  beliau membalas

“Saya kemudiannya bangun dan menendang beliau dan memukulnya dengan tongkat berkali-kali.

“Orang ramai yang berada ditempat kejadian kemudiannya bertindak menghalang pergaduhan tersebut untuk mententeramkan keadaan” katanya dengan nada marah sebentar tadi.

Dalam pada itu, Abdul Rani bagaimanapun belum memikirkan tindakan yang bakal diambil berhubung kejadian tersebut.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment