IKLAN

4 Remaja Hilang Dalam Perjalanan Ke Terengganu

KETUA Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen.

JOHOR BAHARU: Empat remaja lelaki dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam, di sini, ke Terengganu untuk bercuti. 
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata semua mereka yang berusia 21 tahun dikenali sebagai Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa. 
"Siasatan mendapati mereka bertolak dari Seri Alam, di sini pada kira-kira jam 9.30 malam Rabu lalu dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord untuk bercuti di Terengganu. 
"Mereka dipercayai melalui jalan Johor Baharu-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke lokasi percutian yang masih belum diketahui lokasinya secara tepat. "Namun, selepas dua jam bertolak, mereka gagal dihubungi melalui talian telefon bimbit masing-masing," katanya dalam kenyataan, hari ini. 
Wan Ahmad Najmuddin berkata, semua keluarga mangsa terbabit membuat laporan di Balai Polis Seri Alam, semalam. "Sehingga kini, semuanya masih belum dapat dikesan dan di peringkat ini, tiada sebarang maklumat yang boleh menjurus berkemungkinan ada kaitan dengan unsur jenayah," katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa untuk tampil membantu siasatan atau menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 dan Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment