38 Motosikal Musnah Terbakar Di George Town - maitengoklah!

IKLAN

38 Motosikal Musnah Terbakar Di George Town

Seorang pegawai Polis melihat tempat kebakaran yang memusnahkan 38 buah motosikal dan tiga buah kereta yang diletakkan di bangunan Blok B Lorong Perak, Taman Jelutong hari ini. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN – Sebanyak 38 motosikal yang diletakkan di tingkat bawah sebuah blok rumah pangsa di Taman Jelutong, di sini, musnah terbakar, pagi Jumaat.
Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu turut mengakibatkan sebuah bilik stor dan tiga kenderaan jenis Proton Saga, Toyota Camry dan Toyota Harrier rosak teruk.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 pagi sebelum dua jentera bersama 14 anggota tiba di lokasi dalam tempoh tiga minit.
“Sebaik tiba, bomba mendapati sebahagian motosikal di tingkat bawah blok rumah pangsa berkenaan sedang terbakar dan kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke seluruh kawasan berkenaan. Kebakaran kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 6.50 pagi,” katanya.
Ketika ini, pegawai forensik bomba sedang melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment