IKLAN

10 Snek Popular Kegemaran Rakyat Malaysia

Snek merupakan makanan ringan yang popular di kalangan rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Kami ingin kongsikan dengan anda 10 snek yang paling popular pada era 90 an dulu sehingga kini serta mendapat tempat di hati kanak-kanak yang lahir pada era itu. Snek yang kami senaraikan ini pasti mengimbau kembali memori riang anda dahulu.
1. Ding Dang & Tora.

Bila anda tengok gambar ni, mesti anda masih ingat lagi dengan tagline ” Yeay, tora datang lagi” kan? Hihihi. Yang menariknya, kalau anda beli snek ini, ianya disertakan dengan bebola coklat dan juga permainan.
2. Nyam-nyam
Puf Beras dan coklat air.

3. Ais Krim Malaysia

Macam-macam perisa ada. Kalau aiskrim tersebut dalam keadaan keras, cara memakannya adalah dengan mematahkannya menjadi 2 bahagian.
4. Biskut aising

Snek paling “legend”. Ramai yang menggemari biskut ini disebabkan oleh aising berwarna-warni yang rasa manis dan sedap.
5. T-drops

Gula-gula bulat yang berwarna-warni. Sangat digemari oleh kanak-kanak pada era 90-an dulu
6. Sugus

Gula-gula kenyal yang mengandungi berbagai-bagai perisa buahan.
7. Gula-gula arnab/udang

Gula-gula perisa susu. Plastiknya boleh dimakan dan cair di dalam mult anda. Beli 10 sen dapat 2 biji.
8. Haw Flakes

Kegemaran ramai pada suatu masa dahulu. Snek ini berasa seperti asam jawa, masam-masam manis.
9. Sagun

Isi dalam snek ialah kerisik kelapa dan dijual pada harga 20 sen sebatang.
10. Super Ring
Masih lagi ada sehingga kini. Rasa, bentuk dan bungkusan pun kekal asli dan sama. Yang sakit hatinya bila makan snek ni dia punya pewarna melekat di jari.
Sumber: Blog Berita Online
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment