IKLAN

Perkahwinan Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Dapat Tajaan RM25 Juta

Teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akhirnya terjawab apabila mereka berdua bakal bernikah pada 8 Februari depan yang akan diadakan di Pulau Pinang.
Seterusnya majlis resepsi sebelah keluarga Syatilla di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari. Manakala majlis resepsi sebelah keluarga Sam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari.
Bagi peminat-peminat Sam anda berpeluang menghadiri majlis Sam pada 20 Februari ini. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar bakal pengantin.
Sementara itu, nilai tajaan untuk majlis perkahwinan pasangan ini nanti juga boleh disifatkan sebagai Wedding of the Year apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM25 juta. Perkara itu diumumkan sendiri oleh penaja yang terbabit.
“Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,” memtik laporan daripada BH Online(rtky/h)
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment