IKLAN

Makanan Asyik Dicuri, Pelajar Universiti ‘Perangkap’ Rakan


SEORANG pelajar perempuan dari sebuah universiti di China, nekad menyediakan makanan palsu sebagai perangkap buat rakan sebiliknya yang kerap mencuri makanannya.

Menurutnya, dia bengang kerana makanannya kerap kali dicuri oleh rakan sebiliknya dan dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan perilaku buruk teman seasramanya itu.

Ternyata nekad ingin memberikan pengajaran terhadap rakannya itu, dia telah menyediakan kepingan ayam bersalut tepung dengan menggunakan kepingan kadbod sebagai menggantikan ayam.

Gambar-gambar proses penyediaan ‘ayam’ goreng ini kemudiannya dikongsikan menerusi laman media sosial miliknya.

Menariknya, gambar-gambar yang dikongsikan ini berjaya menarik perhatian pengguna laman media sosial yang begitu tertarik dengan caranya memerangkap tabiat buruk teman sebiliknya itu.

Berikut antara gambar yang dikongsikan oleh pelajar tersebut;












Gambar-gambar di atas jelas menunjukkan kesungguhan gadis ini untuk memerangkap rakannya. Namun dia tidak menceritakan apakah yang berlaku setelah ‘ayam’ tersebut siap dan disimpan di dalam peti sejuk.

Jadi, buat anda semua di luar sana, janganlah ada menyimpan tabiat dan perilaku yang buruk seperti teman sebilik gadis ini.– MYNEWSHUB

Video:




Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment