IKLAN

"LARANG PENJUALAN PRODUK KOSMETIK BERBAHAYA PUN SALAHKAN KERAJAAN"


Kadang-kadang aku tak tahu nak marah atau gelak. Orang Malaysia ini, segala benda dalam dunia ini pun nak salahkan kerajaan. Produk kosmetik yang diumumkan larangan penjualannya kerana mengandungi merkuri pun salahkankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kononnya sebelum ini KKM sudah memberikan kelulusan dan semasa beri kelulusan itu tak detect ke merkuri? Lalu dibuat persepsi seolah-olah KKM songlap duit untuk jual kelulusan atau ada hanky panky somewhere.

Aku ingat macai vape saja sebodoh ini, tetapi rupa-rupanya macai kosmetik pun serupa. Mungkin kesan toksik nikotin dan merkuri sudah menjejaskan pertimbangan akal
waras mereka. Merkuri memang boleh menyebabkan masalah neuropsikiatri.

Wahai macai, KKM memberikan kelulusan berdasarkan pada produk asal yang diberikan oleh pengeluar produk. Jika kandunganya selamat, dapatlah kelulusan. Tetapi ada pengeluar yang tidak jujur. Mereka ubah kandungan produk mereka selepas mendapat kelulusan agar produk lebih umpphh dan ada kick.




KKM bertindak berdasarkan laporan dan aduan pengguna selepas itu. Apabila didapati mengandungi bahan tidak selama, maka kelulusan asal akan ditarik serta merta. KKM mengutamakan keselamatan rakyat berbanding populariti atau tajaan berjuta-juta syarikat kosmestik terbabit. Inilah yang dinamakan profesionalisme.

Jangan ingat kelulusan asal KKM itu kekal sehingga kiamat. Kelulusan ini sama seperti pensijilan halal Jakim saja. Mula-mula halal sebab bila Jakim kaji tiada bahan haram. Tetapi bila disemak balik kemudian hari, didapati ada bahan haram. For surelah sijil halal pun kena revoke kan?

Timbul pula persoalan macai, "Aku guna produk ini dah lama tetapi tak ada apa-apa pun kesan buruk pada aku? Itu buktinya produk ini teraniaya. Konspirasi untuk menjatuhkan bisnes orang Melayu,".


Jawapan:

Tidak semua orang kulit kerbau macam anda. Ada yagn sensitif dan ada yang tidak. Tetapi keracunan merkuri bukan perkara main-main sungguhpun tiada kesan pada kulit. Ia boleh merosakkan paru-paru, buah pinggang dan juga sistem saraf manusia. Ia berlaku dengan amat perlahan dan bertahun-tahun seperti kes pencemaran merkuri industri di Minamata, Jepun. Ribuan mati akibat pencemaran merkuri ini berlaku selepas beberapa dekad pencemaran.

Merkuri merupakan bahan yang memang kerap digunakan secara salah di dalam produk kosmetik kerana ia memang boleh menjadikan kulit merah jambu atau dikenali sebagai pink disease.

Timbul pula persoalan kini, kenapa hanya orang Melayu yang suka pada benda-benda yang merosakkan ini?

Merempit Melayu champion.
Penagih dadah majoriti Melayu.
Vape majoriti Melayu.
Kes buang anak pun Melayu champion.
Ketum pun Melayu jugak johan.
HIV champion Melayu.
Banyak lagi lah...

Tiada gunanya kita melaung-laung kalimat Hang Tuah, "Takkan Melayu Hilang di Dunia". Sebaliknya berpeganglah kepada kata-kata Saidina Umar ini,

"Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi."

Sekian. - Abdul Rahman Abdul Kadir
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment