IKLAN

JDT BAKAL DISAMAN, TIRU IKLAN NIKE


PETALING JAYA - Pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) berkemungkinan bakal berdepan dengan tindakan saman dari jenama sukan utama dunia, Nike, lapor portal pro UMNO, Mykmu.net.

Kemungkinan itu dilaporkan berikutan dengan penerbitan video klip promo JDT yang amat menyerupai klip video Nike yang dilakonkan oleh Ronaldo dan pasukan Brazil yang disiarkan pada 1998.



Menurut sumber itu lagi, konflik mengenai perkara itu mungkin akan menjadi lebih serius kerana baju yang dipakai oleh para pemain JDT itu tertera logo jenama Adidas yang merupakan musuh utama Nike dalam perniagaan pakaian sukan.

"Sekiranya pihak Nike Asia melaporkan kepada ibu pejabat mereka, kita mungkin menyaksikan satu pertarungan mahkamah yang maha besar di negara ini dalam beberapa bulan mendatang," kata sumber berkenaan.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment