IKLAN

Ibubapa boleh didakwa atas kecuaian dan tinggalkan anak dalam kereta

Ibubapa boleh didakwa atas kecuaian dan tinggalkan anak dalam kereta

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu mengambil tindakan tegas kepada ibubapa yang cuai di dalam menjaga anak termasuk yang melibatkan kes-kes meninggal kanak-kanak berseorangan di dalam kereta, jatuh daripada tangga bergerak dan meninggalkan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah tanpa pemantauan berpatutan.

Ibubapa boleh didakwa atas kecuaian dan tinggalkan anak dalam kereta




Di bawah Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2015, kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan berpatutan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya serta mandatori Perintah Khidmat Masyarakat (CSO).

Hukuman yang serupa juga dikenakan kepada pelaku sekiranya terjadinya penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau eksploitasi kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kes-kes membabitkan kecuaian ibubapa tidak pernah surut biarpun pelbagai nasihat dan kempen kesedaran telah dijalankan.

"Selepas ini kami mahu mengambil tindakan tegas kepada ibubapa yang cuai.

"Semua undang-undang tersebut ada di dalam Akta Kanak-Kanak tetapi selama ini kami serba-salah untuk mengambil tindakan tegas kerana ada yang berpendapat kami sepatutnya bersimpati kepada ibu bapa yang baru kematian anak biarpun kematian tersebut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.

"Tetapi selepas pindaan Akta Kanak-Kanak ini dilaksanakan, kami mahu lebih bertegas malah masyarakat sendiri semakin mendesak kami untuk lebih tegas dan tidak lagi bersimpati kepada ibu bapa ini.

"Namun, kuasa kami masih terhad dan sama ada ibu bapa tersebut akan dihakimi bersalah atau tidak hanya terserah kepada keputusan mahkamah," katanya semasa taklimat media Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 di sini hari ini.

Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) telah digubal bagi mengadakan satu undang-undang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak yang berusia 18 tahun dan ke bawah.

Selepas 13 tahun Akta 611 dilaksanakan kementerian merasakan terdapat keperluan untuk meminda akta berkenaan mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).

Pelbagai penambahbaikan dilakukan bagi melindungi kanak-kanak di negara ini termasuk warga asing ini.

Bacaan pertama Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 adalah pada 6 Disember lalu dan Rohani berharap bacaan kedua dan ketiga dapat dilakukan pada Mac ini. - MalaysiaGazette
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment