IKLAN

Anak Perempun Ustaz Azhar Maut Kemalangan Di Jordan?

Anak Perempun Ustaz Azhar Maut Kemalangan Di Jordan:
 Identiti tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan pagi semalam (waktu Jordan) dikenal pasti sebagai Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana’ Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, menurut portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).




Screen%2BShot%2B2016-01-24%2Bat%2B11.51.

MACHANG: Datuk kepada pelajar Malaysia di Jordan, Hana Azhar, 21, yang maut dalam kemalangan di Wilayah Mafraq, Jordan, pagi semalam, tidak menyangka panggilan daripada cucunya sebulan lalu, adalah perbualan terakhir mereka. Salleh Mohd Yusof, 78, berkata Hana menghubungi beliau dan isteri, Badariah Mamat, 71, sebulan lalu untuk bertanya khabar dan memaklumkan akan pulang ke kampung bertemu mereka selepas tamat belajar nanti. "Sepanjang kami bercakap, dia sangat ceria dan Hana beritahu dia tidak sabar pulang ke kampung halaman bertemu kami, memandangkan sudah empat tahun tidak berjumpa. "Saya dan isteri sangat teruja menunggu kepulangan Hana, namun tidak menyangka cucu kesayangan saya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya," katanya ketika ditemui di rumahnya, sebentar tadi. Salleh berkata, beliau mengetahui berita itu daripada menantunya yang juga ibu Hana, Kartina Abdul Ghani, 47, kira-kira jam 7 petang semalam. "Saya dan isteri sangat terkejut, namun reda memandangkan Allah lebih sayangkan cucu saya. Walaupun sudah empat tahun berjauhan dengan Hana, dia sering menghubungi kami memandangkan isteri saya menghidap penyakit kanser payudara," katanya. Bapa Hana, Azhar Salleh, 49, bertugas sebagai pegawai kerajaan negeri Kelantan di Asia Barat. Azhar bersama isterinya, Kartina dan tiga lagi adik-beradik Hana tinggal di Mesir.




Screen%2BShot%2B2016-01-24%2Bat%2B11.52.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment