IKLAN

Biodata Profil Janna Nick

Biodata Profil Janna Nick


Nama Janna Nick telah menjadi sebutan ramai setelah drama Syurga Nur disiarkan di slot Akasia TV3. Sejak dari kejayaan drama tersebut, namanya sentiasa menjadi buruan peminat. 

Syurga Nur bukanlah drama pertama lakonan Janna Nick. Sebelum ini pelakon cantik jelita ini telah pun berlakon dalam beberapa buah drama yang telah ditayangkan di kaca tv. Janna Nick juga pernah berlakon dalam drama di TV3 iaitu HidayahMu Ramadhan. 

Berlakon sebagai heroin atau watak utama dalam drama Syurga Nursememangnya banyak merubah nasib Janna Nick. Namanya mula melonjak naik dan menjadi sebutan memandangkan slot Akasia antara slot drama yang paling popular di TV3 dan selalu mendapat rating yang tinggi. 

Janna Nick yang kini berusia 20 tahun, lahir pada tahun 1995 di Sungai Petani, Kedah. Berketurunan Cina, Pakisan dan Thai, Janna Nick merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas. 

Antara drama yang pernah dilakonkan Janna Nick adalah Jodoh, Tonton Anak Ke-5, HidayahMu Ramadhan, Puasa Oh Puasa, Abang Sado Jual Kain dan yang terbaru Syurga Nur. Beliau juga pernah berlakon dalam dua telefilem iaitu Ikatan (RTM), Cinta Vlog (TV9) dan sebuah muzik video bertajuk Mikraj Cinta. Lihat Biodata Profil Janna Nick di bawah. 

Biodata Profil Janna Nick 

Nama Penuh : Nurul Jannah Binti Muner 

Nama Komersial : Janna Nick 

Umur : 20 Tahun (2015) 

Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah 

Adik Beradik : Anak ke 2 daripada 4 beradik (1 Lelaki 3 Perempuan) 

Adik Perempuan : Nurul Balqish (11 Tahun) menjadi School Cheerleaders 

Keturunan : Cina, Pakistan & Thai 

Pendidikan : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang 

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas 

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SPM - kerana tidak minat aliran sains) 

Pencapaian Akademik : Mendapat 6A 2B+ dalam SPM 

Profil Rasmi Facebook : https://www.facebook.com/pages/Janna-Nick 

Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/jannanick95 

Profil Rasmi Keek : https://www.keek.com/profile/janna_nick 

Profil Rasmi Instagram : https://instagram.com/jannanick/?hl=en 

Drama : Jodoh, Jodoh 2, Anak Ke-5, Keluarga Karaoke, Hidayahmu Ramadhan, Puasa Oh Puasa (Astro Ceria & Maya HD), Syurga Di Wajahmu, Abang Sado Jemur Kain (Iris TV3), Syurga Nur (Akasia TV3), Kau Aku Kita (Lestary TV3), 

Telemovie : Ikatan (RTM), Cinta Vlog (TV9 - 2012) 

Klip Video : Mikraj Cinta & Kayangan - Hyper Act 

Janna Nick bermula dengan iklan komersial dan video korporat. Ketika itu, usia dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu fokus belajar. Janna mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan. Dia merancang meneruskan pengajian di ibu negara. 

Berminat berlakon sejak kecil dan sering memaksa mak membawa kemana ke mana-mana sesi uji bakat diadakan. Memang cita-cita mahu menjadi pelakon dan usahawan berjaya. Selepas mendapat keputusan A dalam semua subjek, Janna terus memohon keluar dari MRSM untuk bersekolah harian biasa. Inilah Biodata Profil Janna Nick.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment