IKLAN

5 Ditahan Guna "Nafas Syaitan"' Untuk Merompak, Tukar Mangsa Jadi Pak Turut

Benih yang digunakan bagi tujuan membuat Scopolamine.


Lima warganegara China ditahan kerana disyaki menggunakan sejenis dadah Kolombia yang digelar "Nafas Syaitan" yang boleh menukar mangsa menjadi pak turut di dalam satu operasi di Perancis yang memakan masa beberapa minggu.

Kumpulan tersebut di tahan di lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle pada Jumaat lepas bersama wang berjumlah 89 661.4537 € (RM 426,000) beserta satu balang barang yang dipenuhi dengan barang kemas.

Polis percaya barang-barang berharga itu dicuri dari berpuluh-puluh mangsa yang disembur dengan scopolamine, sejenis dadah berbahaya yang diekstrak dari benih sejenis pokok di selatan Amerika. Dadah itu mampu membuat mangsa menjadi pak turut. Dadah itu juga boleh membawa maut jika dikonsumi dalam kuantiti yang banyak.

Memetik laporan dari Telegraph, Soviet dan CIA sebelum ini dilaporkan pernah menggunakan dadah yang sama sebagai 'serum jujur' ketika perang dingin.

Lima individu terbabit ditangkap ketika hendak berlepas ke Guandong, China, selepas mereka diperhatikan selama beberapa hari.

Ketika soal jawab, kesemua mereka tidak mengaku mengguna dadah berbahaya dan hanya berkata mereka adalah "pelancong biasa yang bertanya arah kepada orang ramai".

Kebanyakan mangsa kumpulan ini, majoriti orang tua, berkata mereka dihampiri oleh wanita China yang mendakwa tersesat jalan. Kemudian mangsa mula merasa seperti bermimpi lalu menyerahkan barang berharga kepada wanita terbabit.

Sebelum ini, dua wanita dan seorang lelaki dari China ditahan atas dakwaan menggunakan dadah yang sama di pusat bandar Perancis.

Menurut laporan analisis kepada dadah tersebut, ia bukan sahaja mengandungi scopolamine tetapi turut mengandungi atropine, sejenis ubat yang boleh menyebabkan halusinasi.

Mereka yang ditangkap juga dipercayai mempunyai hubungan dengan satu sindiket jenayah yang turut beroperasi di pelbagai negara.

Seorang ahli Toxicologi di Bogota, Colombia, Miriam Guierrez memberi tahu Vice News : "Dari sudut perubatan, Scopolamine adalah bahan yang sempurna untuk melakukan jenayah kerana mangsa tidak akan ingat apa-apa, jadi dia(mangsa) tak akan buat laporan"


Dadah Scopolamine

Seorang pengedar dadah, Dementia Black, pula memberitahu laman berita itu dadah Scopolamine berkesan dalam sekelip masa selepas ia disembur ke muka mangsa.

"Ia berkesan dalam sekelip mata. Kamu tunggu seminit supaya ia betul-betul masuk dan kamu tahu selepas itu dia(mangsa) kamu punya. Kamu boleh suruh dia buat apa sahaja. Seolah-olah dia seorang budak-budak".

Scopolamine diperbuat dari benih sejenis pokok yang bernama Borrachero - yang bermaksud "pesta mabuk". Ia boleh menyebabkan mangsa berhalusinasi bunga cantik berwarna putih dan kuning. Scopolamine juga antara bahan yang digunakan untuk membuat dadah Kokain.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment