IKLAN

Setahun Tragedi MH17: Wanita Cerita Pengalaman Lihat Mayat Jatuh Ke Lantai

“Saya masih ingat, tangannya cantik dan kukunya pula diwarnakan merah jambu. Saya tidak akan lupakannya,’’ itu pengalaman yang menghantui Ina Tipunova selepas mayat salah seorang penumpang pesawat MH17 terjatuh ke dalam rumahnya, menembusi siling pada 17 Julai tahun lepas.
Ketika menceritakan perkara itu, Ina berkata pada hari kejadian dia sedang bersembang dengan kawannya di kampung yang sunyi, Rozsypne, apabila pesawat itu meletup.
Setahun Tragedi MH17: Wanita Cerita Pengalaman Lihat Mayat Jatuh Ke Lantai
Setahun Tragedi MH17: Wanita Cerita Pengalaman Lihat Mayat Jatuh Ke Lantai
Letupan itu mengejutkan penduduk di situ dan mereka dapat melihat api dan asap di udara serta serpihan bangkai pesawat jatuh dari udara.
“Ia nampak seperti terjatuh berselerakan dari langit. Mayat juga jatuh bergelimpangan. Ada yang jatuh di atas jalan, di padang dan taman tetapi satu mayat terjatuh di atas bumbung rumah Ina.
Dia kemudiannya balik ke rumah dan mendapati mayat seorang wanita muda dalam keadaan bogel, bengkok serta tiada darah di atas lantai dapurnya.
“Saya tidak tahu kenapa ia berlaku dan kenapa mayat wanita itu terjatuh di atas bumbung rumah saya, tetapi ia adalah takdir,’’ katanya.
Ina telah diberikan bahan kimia untuk membersihkan lantai dan rumahnya.
Imej wanita berkenaan kini sering bermain dalam fikirannya.
“Saya ingin bertemu dengan saudara-maranya untuk melihat gambar wanita itu, hanya ingin mengetahui sesuatu mengenainya. Tetapi saya tidak tahu apa-apa langsung, hanya dia adalah wanita Asia.
“Mungkin keluarganya ingin bertemu dengan saya juga, untuk bercakap dengan saya dan melihat tempat di mana dia meninggal dunia. Bagi mereka, ia mungkin membantu menamatkan kisah sedih itu,’’ katanya.
Jumaat depan, ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, ia juga menandakan setahun peristiwa tragis yang menimpa pesawat MH17 apabila ia ditembak jatuh di Timur Ukraine.
Seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban.

Sumber : MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment