IKLAN

“Saya Ditawarkan RM7.6 Juta Untuk Data Yang Dicuri Bagi PetroSaudi”-Justo


BANGKOK: Seorang lelaki warga Switzerland iaitu Xavier Andre Justo mengaku dia ditawarkan sebanyak US$2 Juta bersamaan RM7.6 Juta bagi menukarkan data yang dicuri dari bekas majikannya iaitu PetroSaudi International.


Justo kini dipenjarakan di Thailand kerana mempunyai kaitan dengan cubaaan untuk memeras ugut bekas majikannya ketika memberitahu The Straits Times didalam penjara sewaktu dia ditemubual serta mengaku dia juga tidak pernah dibayar seperti yang dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia.


Justo juga mengaku sewaktu di melakukakn urusniaga di Singapura pada Februari berlaku suatu perbincangan yang panjang sambil membincangkan cara pembayaran upahnya.


Kumpulan yang dijumpai di Singapura cuba menawarkan harga untuk data terbabit dimana data tersebut dinamakan didalam 22 muka pengakuan yang dibuat oleh Justo kepada polis Thailand. Dia juga turut menunjukkan salinan pengakuan terbabit kepada The Straits Times.


“Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura, supaya duit boleh dibayar secara langsung dari akaun PEMBELI terbabit”, ujar Justo. ” Ternyata bank DBS menolak permohonan terbabit saya sendiri tidak tahu mengapa. Kemudian saya membuka pula akaun di Abu Dhabi ditolak oleh pembeli kerana terdapat bukti atau rekod nama bagi urusan pemindahan akaun”.


“Kemudian saya turut menggunakan akaun syarikat di Hong Kong mereka turut menyatakan perkara yang sama, selepas itu melalui syarikat Luxembourg, sekali lagi (pembeli) enggan kemudian barulah Clare Brown mengambil tindakan”, katanya.
Justo merujuk Clare Brown ialah Clare Rewcastle-Brown yang merupakan editor kepada Sarawak Report yang banyak membuat pengakuan yang mengejutkan sejak setahun yang lepas berkenaan dengan penyelewengan berbilion ringgit di Firma Pelaburan Negara 1Malaysia (1MDB), dimana lembaga penasihat diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Justo mengaku pihak Pembeli turut berjanji akan membayarnya secara tunai.
“Jadi, saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu untuk menerima sampul surat yang berisi beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu dan meneruskan proses ini selama beberapa bulan sehingga bayaran akhir dibuat. Jadi, kali ini saya enggan”- Justo.
Justo turut memberitahu polis Thai bahawa pengakuaannya bukanlah cakap-cakap kosong, dia mempunyai beberapa dokumen termasuk beberapa bukti mesej dari WhatsApp dengan pembeli terbabit.


“Segala pengakuan bertulis yang saya buat mempunyai bukti-bukti dari emel, WhatsApp dan segalanya berada bersama saya”.
Rewcastle-Brown bersetuju menerima US$2 Juta dari pembeli dan menghantar kepadanya sebanyak US$250,000 (RM952,000) sebulan sebagai ‘Perkhidmatan Perundingan’, kata Justo.


“Saya tidak tahu sama ada dia menerima wang tersebut atau tidak kerana saya telah ditahan.Apa yang  telah saya bentangkan tentang 1MDB dan telah dijelaskan oleh The Edge serta disokong oleh beberapa sumber rasmi yang lain adalah penjelasan masuk akal” kata beliau.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment