info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Saturday, July 4, 2015

Pantai Timur dapat dulu 30 siaran percuma !



Kuantan: Penduduk pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan menjadi warga bertuah apabila boleh menikmati 30 saluran digital percuma, bermula Januari 2016.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, siaran televisyen digital itu dibangunkan MYTV Broadcasting (MYTV) melalui Projek TV Digital (DTT).

“Tiga puluh siaran itu adalah pakej permulaan. Kita jangkakan semua penduduk di negara ini akan menikmati kemudahan sama, menjelang akhir tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, selepas itu siaran berkenaan akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, negeri di utara, selatan serta di Lembah Klang.

"Pada masa ini kita sedang menjalankan ujian di beberapa kawasan di pantai timur sejak 17 Mei lalu dan tiga pemancar dipasang iaitu di Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Bakar, Kelantan dan Bukit Pelindung, Kuantan," katanya dalam sidang media selepas meninjau siaran ujian MYTV di Kampung Rumbia, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Altel Holdings yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MYTV, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob.

No comments:

Post a Comment