IKLAN

‘Jihad cara saya’

MOHD ISA menunjukkan surat kebenaran mengutip derma. Gambar kecil, Mohd Isa mengutip derma di pasar malam. 


Melaka: Kerana ikhlas mahu membantu anak yatim dan mencari dana untuk berjihad kepada agama, pengutip derma Mohd Isa Jeffery Ibrahim, 44, tetap sabar serta lali dengan kata-kata sinis individu yang memandang serong terhadap tugasnya.


Dia yang berasal dari Permatang Pasir, Bandar Hilir, di sini, menjadi penunggu setia tapak pasar malam, majlis keramaian dan pasar raya sekitar Melaka sejak lapan tahun lalu kerana niatnya untuk mengutip derma yang digunakan bagi membiayai pusat tahfiz dan rumah anak yatim.


Dengan bertemankan tabung kutipan derma dia akan melemparkan senyuman kepada individu yang lalu, walaupun adakalanya dia akan diherdik oleh mereka yang memandang negatif tugas dilakukannya.


“Tidak ramai yang tahu pahit manis atau suka duka pengutip derma serta walaupun nampak mudah tidak semua orang mampu melakukan tugas ini kecuali yang benar-benar tabah, sabar dan kuat semangat.


“Saya langsung tidak kisah diherdik ketika mengutip derma kerana tugas dilakukan adalah demi kepentingan agama selain membuka peluang kepada masyarakat menderma melalui saluran yang betul dan wang didermakan diguna untuk membiayai pembangunan agama Islam,” katanya.


Sumber : Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment