info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Saturday, July 4, 2015

Finalis Singapore Idol, Sylvia Ratonel, peluk agama Islam

(Gambar: Instagram @sylviastinson)

SINGAPURA: Finalis rancangan realiti Singapore Idol yang berentap dengan Sezairi Sezali dalam musim ketiga, Sylvia Ratonel, baru-baru ini sudah memeluk agama Islam.
Sylvia melafazkan dua kalimah syahadah di pusat Islam Darul Arqam. Pendedahan ini dibuat sendiri penyanyi itu menerusi akaun Instagram beliau.
Beliau yang nama penuhnya ialah Sylvia Anne Ratonel, memilih nama Nur Sylvia Ratonel sebagai nama Islamnya. Ini dikongsinya dalam laman Instagram beliau sendiri.
Berdasarkan tulisan Instagram itu, Sylvia memeluk agama Islam sekitar tiga minggu lalu. Jadi, ini juga kali pertama Sylvia mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Sylvia dipercayai memeluk Islam pada tarikh hari lahirnya, iaitu 14 Jun, jika posting Instagramnya dijadikan sandaran.
Beliau yang kini berusia 27 tahun, juga memuat naik sekeping gambar ke dalam Instagramnya itu dan berkata: "Hari ini saya bermula seperti seorang bayi baru lahir. Saya berterima kasih kepada ramai orang yang saya temui sepanjang hidup saya, yang sudah membantu saya dalam perjalanan saya sehingga ke peringkat ini, dan (saya) akan terus belajar sebanyak mungkinuntuk menjadi muslimah yang lebih baik dan seorang manusia yang lebih baik. Saya tidak dapat luahkan betapa saya bersyukur kepada system sokongan yang saya ada dari teman-teman dan keluarga… Nur Sylvia Ratonel."
Nur Sylvia merupakan satu-satunya finalis wanita dalam Singapore Idol pada tahun 2009 dan muncul sebagai naib juara.
Album pertamanya, "Sylvia Ratonel" diterbitkan pada Oktober 2010 di bawah label Universal Music Singapore. Beliau turut dipilih untuk menyanyikan salah satu lagu sempena Hari Kebangsaan pada tahun 2011, berjudul "In a Heartbeat."
Sylvia juga pernah mencuba bidang lakonan dan berjaya mendapatkan watak Jasmine dalam teater "Aladdin" pada akhir tahun 2011 sebelum menyepi daripada dunia hiburan. 
- BERITAMediaCorp/is

No comments:

Post a Comment