info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, July 8, 2015

Cerita Hantu : "ILAH DGN MAKHLUK MENHIDU ASAP COLOK DAN MANDI MINYAK"



KISAH PENDEK 
ILAH DGN MAKHLUK MENHIDU ASAP COLOK DAN MANDI MINYAK

Kisah mistik ini berlaku semasa remang2 senja menjemput dilangit.....dan waktu maghrib hampir tiba....dan ilah pula penat dan letih setelah melalui traffic yang teruk sepanjang perjalanan pulang gara2 hujan lebat.
Sebelum ilah tiba ke umah , ilah akan melalui jiran ilah yang "warak" dlm agamanya..dimana setiap hari sebelum maghrib akan dinyalakan colok dipintu umahnya....berserta minyak didalam bekas candi..sederhana kecil saiznya. Dan mempunyai anak lelaki yang peramah.Mereka sekeluarga sangat baik dan amat menhormati jiran tidak kira agama dan bangsa....(hmm sebab tu ilah bertahan tinggal diapartment nie sehingga ilah berkahwin baru berpindah ....ilah selesa dan seronok tinggal disini..sowi teroff topik)..ok sambung balik,
kebiasaannya, pada waktu ini ilah sudah berada dirumah ...dan ini merupakan kali pertama ilah pulang diselubungi dengan asap colok tersebut dan bau yang sangat menusuk hidung.....hmm tidak mengapa.....ujar ilah....boleh lalu tangga kecemasan ..dimana di apartment ilah ada tiga tangga kecemasan ..dibahagian tengah dan di sayap utara dan selatan ...dan umah ilah berhampiran tangga kecemasan sayap selatan...
dalam berura2 ingin menuju ke tangga tersebut tetiba ilah terpandang kelibat sesusuk tubuh pendek dalam empat org sedang terbongkok2 kearah pintu jiran ilah...dan sesekali akan mencurahkan sesuatu di kepala sambil mengoyang2kan badan dengn kaki mengangkang.....
eh! naper pulak anak jiran ilah main2 kat depan tu dengan kawan2 dia....tak kena tarik telinga ngsn mak dia ker..selalunya time begini dorang sibuk masing.....jadi ilah batalkan niat menuju ke tangga dan menuju kearah mereka untuk bertegur..dan dalam sepuluh langkah lagi ,ilah menjeling ke arah dapur jiran ilah.yang boleh dilihat drpd koridor kaki lima....eh! gelap...maknanya .dorang takder kat umah nie.....
terus ilah berderau.....dan dgn segera ilah menoleh ke arah pintu masuk rumah jiran ilah...
erk!
Ya-Allah! apa tu.....hmm nak tahu apa dia.....ilah nampak ada empat ekor makhluk hitam legam..kepala botak bertubuh seperti lelaki dewasa tetapi pendek...dengan perut buncit sedang berebut2 menghidu asap yang keluar daripada colok tersebut....dan selepas itu menceduk minyak dlm kendi tersebut lalu disiram dikepala sambil mengoyangkan badan dengan mengerakkan kedua belah kakinya ...dengan keadaan bengkok....
terkesima sebentar ilah..tapi dgn segera ilah mengawal diri ilah....nasib ilah menjadi malang apabila salah seekor drp berempat itu seolah2 dpt menghidu dan menyedari ilah dapat melihat kelibat mereka.terus dia menoleh ke arah ilah...erk! hitamnya muka..takder kening...hanya hidung yang sangat besar mata bulat hitam..mulut pula herot ketepi.. berjalan ke arah ilah sambil merenung ...
jalannya seperti mengengkang..dan yang pelik pula iaitu bahagian kakinya bukan seperti manusia iaitu mengadap kehadapan...tetapi mengarah ketepi....iaitu kalau mengikut arah jam..sebelah kiri jam 9 dan sebelah kanan jam tiga....
sementara yang lain berhenti daripada menghidu asap dan mandi minyak bila melihat kawannya menuju ke arah ilah..dan hanya memerhati..
tanpa membuang masa terus ilah membaca surah tertentu yang telah diajarkan oleh abah dengan menekan ibu jari kaki sedikit…..tanpa disangka , secara tetiba makhluk tersebut seperti terhantuk di dinding..lantas dia mengaduh kesakitan…..,manakala kawannya yg dari tadi memerhati terus berkerut muka dan bertempiaran lari, ada yg melompat merempuh menembusi dinding dan lantai kaki lima …kemudiannya hilang drpd pandangan…
sementara makhluk yang cuba mendekati ilah mengeliat kesakitan dengan membuka mulutnya…sambil mengeluarkan bunyi mendecit seperti decitan cicak …dan kelihatan giginya yang besar dan berwarna kuning berkerak……aduihlah!......kasihanlah pula..ilah..
lantas ilah mengurangkan tekanan ibu jari kaki ilah...dan makhluk tersebut berdesup melarikan diri dan terus melompat tinggi menembusi siling dan terus hilang..
alhamdullilah..bila ilah terserempak lagi 'mereka' sedang menghidu asap colok lagi...mereka tidak menganggu ilah sebaliknya berpura 2 tidakmenyedari ilah dan sesekali mereka akan bertinggung dipara pasu bunga jiran ilah dengan tersenyum kepada ilah....

No comments:

Post a Comment