IKLAN

Bank Negara Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Dua Bekas Pengarah Eksekutif 1MDB


Bank Negara Malaysia kini sedang mencari dua bekas pengarah eksekutif 1MDB iaitu Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan untuk membantu siasatan dibawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.


Bank Negara Malaysia turut mendedahkan butiran peribadi kedua-dua mereka dan meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kedudukan kedua individu terbabit agar tampil ke balai polis membuat laporan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan individu ini boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di talian 03-26988044 sambungan 8544/7610 atau boleh membuat laporan di balai polis berdekatan," kata BNM di Facebook rasminya.

Casey Tang Keng Chee merupakan pengarah eksekutif 1MDB di bahagian pembangunan perniagaan selama tiga tahun yang berakhir pada Mac 2011 sebelum jawatan yang sama diambil alih oleh Jasmine Loo Ai Swan.

Di dalam kenyataan terbabit, Bank Negara Malaysia turut menyatakan tidak akan memberi sebarang ganjaran kepada pemberi maklumat. 

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment