info-info menarik !

Breaking

Sunday, June 28, 2015

Wanita Terselamat Dari Maut Nahas Jalan Raya Kerana Buah Dadanya Yang Besar

Sesetengah orang menganggap saiz badan yang besar akan menjadi beban dan membataskan pergerakan.

Maka tidak menghairankan jika ramai orang, terutamanya wanita bersungguh-sungguh mahu kurus dan berdiet.

Namun anggapan itu mungkin kurang dipersetujui oleh Sarah Foster. 


Selain memiliki badan yang gempal, dia juga mempunyai saiz buah dada yang besar dan kerana faktor itulah Sarah terselamat dari maut selepas dilanggar sebuah kereta.

Menceritakan kejadian itu, wanita berusia 28 tahun itu pada mulanya memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk merokok sambil mahu menghubungi ibunya.

Namun secara tiba-tiba muncul sebuah kenderaan jenis Mini Cooper yang hilang kawalan lalu merempuh Sarah.

Ibu kepada dua anak itu kemudiannya tercampak ke bahagian cermin kereta itu namun 'berjaya' dilantun semula dengan bantuan buah dadanya yang bersaiz 38JJ, sekaligus mengurangkan kesan gegaran yang lebih serius.

Sarah sebenarnya berisiko untuk maut kerana impak rempuhan itu, namun dia bernasib baik kerana hanya mengalami luka dan lebam di badan serta kerosakan di bahagian lututnya sahaja

No comments:

Post a Comment