GURU STAPLER TELINGA PELAJAR - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Sunday, June 28, 2015

GURU STAPLER TELINGA PELAJAR


CHINA - Padah bertindak bodoh, seorang guru tadika di Fujian digantung dari tugasnya kerana sengaja mengetip telinga pelajarnya yang berusia 4 tahun dengan stapler.

Tindakan kejam guru bernama Lau itu hanya diketahui oleh ibu mangsa ketika hendak memandikan anaknya yang menangis kesakitan.

Menurut pelajar terbabit, gurunya bertindak sedemikian di waktu pelajar sedang menikmati waktu rehat.

Biro pendidikan daerah Fujian mengesahkan kes itu dan akan mengambil tindakan terhadap guru berkenaan. Kes itu juga sedang disiasat oleh pihak polis atas pertuduhan salah laku profesional. 

Sementara itu, wakil tadika berkenaan mengadakan lawatan dan memohon maaf atas tindakan guru berkenaan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment