Gimnas Farah Ann Dapat Sokongan Dari Sultan - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Saturday, June 27, 2015

Gimnas Farah Ann Dapat Sokongan Dari Sultan



 PETALING JAYA,  Atlet gimnastik negara, Farah Ann Hadi mendapat sokongan dari Sultan Selangor atas kontroversi mengenai baju yang menjolok mata yang dikenakannya di Sukan SEA baru-baru ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan sokongan tersebut melalui sepucuk surat kepada Farah Ann. Sultan Selangor menyatakan bahawa prestasi yang ditampilkan oleh Farah Ann telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia bangga, termasuk rakyat Selangor.

"Kritikan terhadap penampilan anda sepatutnya menjadi perkara terakhir yang dilihat oleh mereka-mereka yang mengkritik anda di media sosial. Mereka sepatutnya berbangga dengan apa yang dikecapi untuk Malaysia dan Selangor.", tulis surat tersebut, memetika laporan dari The Star.
Farah ditemani oleh ayahnya, Abdul Hadi Ahmad menerima surat tersebut dari pegawai Istana Selangor.

Sebelum ini, Farah dikritik teruk oleh orang ramai di media sosial apabila gambarnya yang memakai pakaian gimnastik sambil memegang dua pingat emas dimuat naik di Facebook.


No comments:

Post a Comment