Disney Haramkan Penggunaan Monopod Di Taman Tema - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Sunday, June 28, 2015

Disney Haramkan Penggunaan Monopod Di Taman Tema


DISNEY dalam satu kenyataan rasmi dilaporkan telah mengharamkan penggunakan kayu selfie atau lebih dikenali sebagai monopod dalam taman tema di seluruh dunia bermula Selasa ini.
Memetik laporan akhbar USA Today, Disney memutuskan keputusan itu atas faktor-faktor keselamatan para pengunjung.
selfiesticksatdisneyland
“Kami sentiasa mahu menyediakan pengalaman yang indah untuk seluruh keluarga tetapi monopod itu telah menjadi kebimbangan ke atas keselamatan pengunjung dan pelakon kami,” kata jurucakap Disney Kim Pruty dalam satu kenyataan.
Difahamkan, pengharaman itu berkuat kuasa pada Selasa bagi empat taman tema Walt Disney World di Florida, dua taman tema Disneyland di California dan DisneyQuest di Orlando.
Manakala, larangan penggunaan monopod di taman tema Disneyland di Paris dan Hong Kong akan berkuat kuasa bermula 1 Julai (Rabu).
Bagaimanapun, pengunjung yang berada di hotel dan resort milik Disney masih boleh menggunakan monopod.
Pada minggu lepas, sebuah roller coaster di sebuah taman tema Disney di California terpaksa diberhentikan separuh jalan selepas seorang penumpang mengeluarkan kayu monopod.

No comments:

Post a Comment